suria

Pengarah Tabung Haji Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang, Rozimin Ahamed Kamil,46, dibawa lari dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya di Balik Pulau, selepas tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat, Khamis. Beliau bersama pasangannya dikenakan jaminan setiap seorang RM1,500. -fotoBERNAMA

BALIK PULAU: Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis atas tuduhan berkhalwat.

Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.

Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - BERNAMA

Artikel Lain