suria

Khazanah Lantik Nor Mohamed Sebagai Timbalan Pengerusi

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Timbalan Pengerusinya berkuat kuasa 3 Jun 2013.

Pelantikan Nor Mohamed dicalonkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi Khazanah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah.

Nor Mohamed menyertai Lembaga Pengarah Khazanah pada 12 November 2002.

Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi. - BERNAMA

Artikel Lain