suria

Kakitangan Hotel Maut, Kereta Dirempuh Treler

SUNGAI PETANI: Seorang kakitangan sebuah hotel di sini maut apabila kereta yang dipandunya untuk ke tempat kerja dirempuh treler di Km48, Jalan Alor Setar-Butterworth pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa Shazwani Shafiee, 28, cedera parah di kepala dan badan serta mengalami pendarahan teruk, setelah treler berkenaan merempuh keretanya dan menyebabkan dia tersepit.

Ibu mangsa Raziah Abd Jabar berkata anaknya bertolak ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Rasa Sayang, Bedong.

"Polis maklum selepas dikeluarkan pasukan bomba, dia dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapat rawatan, namun meninggal dunia di sana," katanya.

Jenazah Shazwani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bedong. - BERNAMA

Artikel Lain