JPN Nafi Rakyat Asing Miliki MyKas Dibenarkan Mengundi - Semasa | mStar

JPN Nafi Rakyat Asing Miliki MyKas Dibenarkan Mengundi

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa rakyat asing yang memiliki kad pengenalan pemastautin sementara (MyKas) dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said berkata, dakwaan yang tersebar di laman media sosial mengenai MyKas dikeluarkan kepada warga asing untuk membenarkan mereka mengundi adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Dakwaan tersebut juga ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya jabatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Sekeping gambar kad pengenalan palsu dengan memaparkan simbol segitiga berwarna hijau dikongsi di laman Facebook dan Twitter.

Jariah berkata, kad pengenalan pemastautin sementara dikeluarkan sebelum 2009 kelihatan serupa dengan kad MyKad berwarna biru yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.

"Bagaimanapun, untuk MyKas, terdapat perbezaan di muka depan iaitu tercatat tarikh luput, catatan 'pemastautin sementara' dan lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad.

"Selepas 2008, MyKas yang dikeluarkan berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan 'pemastautin sementara' serta ditulis 'bukan warganegara' pada kad tersebut," katanya.

MyKas adalah sah dalam tempoh lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain