RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Selasa - Semasa | mStar

RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Selasa

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam Selasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini Rabu.

Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RO N97 dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain