suria

Polis Selangor Belum Terima Notis Perhimpunan Sabtu Ini

SHAH ALAM: Polis Selangor belum menerima notis daripada penganjur satu perhimpunan pro-pembangkang yang didakwa akan diadakan di Petaling Jaya Sabtu ini, kata Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu, yang dikatakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, sepatutnya memaklumkan kepada polis dengan menghantar notis 10 hari sebelum acara berkenaan berlangsung.

"Kita minta semua pihak menghormati undang-undang, dan apa yang paling penting ialah keamanan dan ketenteraman awam.

"Kita tidak akan beri amaran kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain