suria

Polis Akan Tubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah Yang Baru - KPN

Khalid Abu Bakar. Foto ONG SOON HIN / THE STAR
Khalid Abu Bakar. Foto ONG SOON HIN / THE STAR
Khalid Abu Bakar. Foto ONG SOON HIN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang baru, yang akan diketuai oleh seorang pengarah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jabatan baru itu hanya akan memfokuskan usaha dan inisiatif untuk mencegah jenayah.

“Ia sejajar dengan matlamat kami untuk sifar jenayah.

“Kami berharap untuk menubuhkan jabatan baru ini dalam bulan ini dan kita akan bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk penubuhan jabatan itu dalam bulan ini," katanya dalam sidang akhbarnya yang pertama selaku ketua polis negara di sini, pada Rabu.

PDRM yang mempunyai kekuatan 120,000 pegawai dan anggota mempunyai lapan jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pengurusan, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan), Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Jabatan Logistik.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya pada Jumaat lepas.

Artikel Lain