suria

Pemandu Akibatkan Empat Terbunuh Di MRR2 Didakwa Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Pemandu Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Km23.1 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ahad lepas akan didakwa di mahkamah minggu depan.

Lelaki berumur 65 tahun itu akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa pada satu tarikh yang belum ditetapkan, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

Beliau berkata lelaki yang didapati negatif alkohol dan dadah itu masih disoal siasat.

Dalam kemalangan itu, Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isterinya Nurul Intan Syahida, 22, sepupu Hasbullah, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22, terbunuh manakala seorang penunggang motosikal cedera dan dirawat di Hospital Ampang.

Kemalangan kira-kira 5.30 petang itu membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal apabila kereta Proton Satria itu yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa dikatakan mengalami kegagalan brek lalu merempuh pembahagi jalan dan melanggar Perodua Viva yang dinaiki keempat-empat mangsa. - BERNAMA

Artikel Lain