Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Berkunjung Tempat Berlaku Leptosirosis - Semasa | mStar

Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Berkunjung Tempat Berlaku Leptosirosis

NIBONG TEBAL: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.

Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

"Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini Rabu.

Akhbar pada Selasa melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.

Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain