suria

Noh Serah Tugas di Kementerian Pertanian Kepada Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Rabu menyerahkan tugas kepada pengganti beliau, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini.

Noh memberitahu pemberita beliau akan kembali aktif sebagai anggota parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu Ismail Sabri dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau akan meneruskan usaha dan dasar-dasar kementerian yang dirancang kepimpinan terdahulu.

"Ia merupakan tugas yang begitu berat untuk dipikul, tetapi saya yakin dengan sokongan daripada setiap anggota kementerian, ia boleh dilakukan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain