Mahkamah Tangguhkan Pemulangan Semula Aset & Wang Syarikat Genneva Sehingga Kes Rayuan Selesai - Semasa | mStar

Mahkamah Tangguhkan Pemulangan Semula Aset & Wang Syarikat Genneva Sehingga Kes Rayuan Selesai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini telah membenarkan permohonan Bank Negara Malaysia untuk menangguhkan pemulangan semula aset dan wang tiga pengarah dan bekas pengarah Genneva yang dibebaskan daripada dakwaan mengambil deposit wang secara haram daripada orang ramai.

Aset dan wang dirampas oleh Bank Negara daripada mereka adalah berjumlah lebih RM141 juta. Hakim Rozana Ali Yusof menegaskan selepas mengkaji semua penghujahan, beliau berpuashati bahawa wujudnya keperluan untuk menangguh buat sementara waktu di atas keputusan sebelum ini agar semua aset dan bahan bukti yang dirampas dikembalikan.

Pada 17 Mei lalu, mahkamah telah membebaskan Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, Datuk Chin Wai Leong dan bekas pengarah, Liew Chee Wah daripada dakwaan mengambil deposit secara haram serta 224 dakwaan mengelapkan wang.

Bagaimanapun pihak pendakwaan telah memohon agar keputusan itu ditangguhkan buat sementara waktu dan aset yang berupa dalam bentuk emas dan wang tunai yang dirampas dibekukan sementara menunggu rayuan dibuat.

Pendakwaraya, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir berhujah, adalah tidak menjadi satu keperluan untuk menyerahkan kembali segala aset dan wang tunai yang dirampas sebelum kes rayuan selesai kerana aset-aset itu akhirnya akan dirampas semula seandainya Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan dibuat.

Sementara itu peguambela Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu para pemberita keputusan mahkamah adalah adil dan proses rayuan perlu dibenarkan berjalan secara biasa.

"Apa yang penting buat masa ini ialah anak-anak guam saya telah dibebaskan daripada sebarang salah laku dan disebabkan itu aset dan wang tunai yang dirampas tidak disita tetapi sebaliknya hanya ditangguh sehingga proses rayuan selesai," ujarnya.

Ng, 63, Yee, 61, Chin, 37, dan Liew, 59, telah dibebaskan selepas mahkamah memutuskan yang syarikat mereka Genneva tidak menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram tetapi menjalankan urusniaga emas.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?