suria

Kementerian Kesihatan Cadang Lanjutkan Waktu Operasi Klinik

NIBONG TEBAL: Kementerian Kesihatan mungkin akan melanjutkan waktu oerpasi bagi klinik pesakit luarnya sehingga tengah malam di semua hospital kerajaan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan barisan beratur yang panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada masa ini ramai pesakit terpaksa menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik sebelum menbolehkan mereka untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat dari farmasi hospital.

“Kami sedang mempertimbangkan cadangan itu bagi membolehkan klinik dan farmasi pesakit luar dibuka selepas waktu kerja sehingga tengah malam.

“Dengan cara ini, mereka yang bekerja pada waktu tugas biasa dapat berkunjung ke klinik selepas waktu kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang di SJK(C) Pak Teik di sini, Rabu.

Artikel Lain