suria

Kehidupan Pesara Sengsara Diganggu Ah Long

Liew (kiri) memegang gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Ah Long telah membuat gangguan di rumahnya. Turut serta ialah Michael Chong (kanan).
Liew (kiri) memegang gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Ah Long telah membuat gangguan di rumahnya. Turut serta ialah Michael Chong (kanan).
Liew (kiri) memegang gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Ah Long telah membuat gangguan di rumahnya. Turut serta ialah Michael Chong (kanan).

KUALA LUMPUR: Liew dan keluarganya tinggal dalam ketakutan sejak anak lelakinya, Meng Kat hilang selepas meminjam wang daripada Ah Long.

Mimpi ngeri itu mulai menghantui pesara berusia 64 tahun itu bersama keluarganya selepas anak lelaki sulungnya, yang tidak pulang ke rumah sejak empat tahun lepas, tiba-tiba balik di rumah mereka di Jinjang Utara pada 19 Mac lalu.

“Dia memberitahu saya yang dia telah meminjam wang yang banyak daripada lintah darat dan dia terpaksa menghilangkan diri. Dia juga berkata dia terpaksa meminta maaf kerana Ah Long akan mencarinya di sini,” kata Liew, sambil menambah bahawa kumpulan Ah Long itu datang mencarinya pada hari berikutnya.

Dia berkata demikian kepada pemberita pada sidang media oleh Ketua Biro Aduan dan Khidmat Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di pejabatnya di Wisma MCA pada Selasa.

Chong memberi penjelasan bahawa ketika Ah Lon-Ah Long itu meminjamkan wang kepada Meng Kat, mereka telah membuat salinan bagi kad pengenalannya, yang mengandungi alamat rumah Liew.

“Mereka menuntut Liew dan isterinya supaya membayar hutang melambung tinggi berjumlah RM110,000 yang pada asalnya hanyalah pinjaman RM20,000,” katanya.

Keluarga itu telah dikunjungi Ah Long-Ah Long berkenaan sebanyak tiga kali dan setiap mereka akan menunggu di luar rumah selama berjam-jam dan membuat ancaman ke atas anggota keluarganya.

“Pernah sekali mereka mengambil gambar cucu lelaki saya yang berusia lima tahun yang membuat saya bimbang kerana mereka mungkin akan menculiknya sebagai jalan terakhir,” kata Liew.

Dia memberitahu bahawa Meng Kat telah meninggalkan dua anak lelakinya di bawah jaga Liew selepas bercerai dengan isterinya kira-kira empat tahun lalu.

Liew berkata, dia telah membantu Meng Kat untuk melangsaikan hutang sebanyak RM100,000 dengan beberapa Ah Long pada tahun lepas.

Liew membuat laporan polis di balai polis Jinjang tetapi ia terus diganggu oleh kumpulan lintah darat itu.

“Saya meminta mereka untuk mencari anak lelaki saya kerana dia yang meminjam wang itu. Saya tidak pinjam wang daripada mereka dan saya tiada wang. Saya harap mereka tidak mengganggu kami lagi,” katanya.

Chong berkata, Liew merupakan salah seorang daripada 206 mangsa Ah Long yang telah berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini.

“Mereka mendakwa telah membuat pinjaman dengan jumlah keseluruhan RM16 juta,” katanya.

Artikel Lain