suria

Wanita Indonesia Mati Terjatuh Dari Tingkat 37 Kondominium

GEORGE TOWN: Seorang wanita warga Indonesia, yang membawa ibunya yang sakit bagi mendapatkan rawatan perubatan di sini, mati apabila terjatuh dari tingkat 37 di sebuah kondominium di Persiaran Gurney di sini.

Mayat Lyny, 39, dijumpai terlentang di tepi kolam renang di tingkat bawah kondominium itu.

Pengawal keselamatan memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira pukul 9.50 malam Ahad.

Ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pulau Pinang di sini Isnin, ibu Lyny yang berusia 74 tahun itu terlalu tertekan untuk bercakap kepada pemberita.

Seorang rakan yang enggan namanya disiarkan, berkata tiada siapa yang tahu mengapa Lyny pergi ke kondominium itu kerana dia tinggal bersama ibunya di sebuah hotel di Pulau Tikus sejak mereka tiba pada 15 Mei lalu.

"Dia menghadapi masalah kewangan untuk menanggung kos rawatan perubatan ibunya di sebuah hospital swasta di sini," katanya, sambil menambah bahawa Lyny bekerja sebagai pegawai pentadbiran di sebuah syarikat perladangan di Medan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain