suria

Punca MIC Kalah Dua Kerusi DUN Di Pulau Pinang Diketahui Menjelang Jun

GEORGE TOWN: MIC Pulau Pinang akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahannya di dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Dijangka hasil bedah siasat akan diketahui menjelang Jun iaitu sebelum bedah siasat Barisan Nasional (BN) negeri dilakukan pada awal Jun, kata Pengerusinya Datuk G. Rajoo kepada pemberita, di sini Isnin.

Parti itu kalah di kedua-dua kerusi DUN yang diperuntukkan kepada mereka iaitu Bagan Dalam dan Perai.

"Kita akan ketahui kenapa MIC tidak mendapat sokongan padu kaum India," katanya.

Dalam pada itu, MIC Pulau Pinang turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri G. Palanivel untuk terus meneraju MIC menjelang pemilihan parti yang dijadualkan hujung tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain