suria

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Akan Bincang Turunkan Caj Jalur Lebar

Mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tengah) menyerahkan nota serah tugas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Kiri) dan nota serah tugas potfolio Kebudayaan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada majlis penyerahan tugas itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, Isnin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Mutlimedia yang baru, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengadakan pertemuaan dengan semua syarikat telekomunikasi di negara ini membincangkan mengenai penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar yang dikenakan kepada pengguna di negara ini.

Beliau berkata, pertemuaan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat dalam usaha memastikan capaian kemudahan jalur lebar tanpa wayar di negara ini dapat ditingkatkan kepada tahap 80 peratus pada masa akan datang.

"Insya-Allah saya akan adakan perbincangan dalam masa terdekat. Saya juga telah bertanya kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, sama ada perkara ini boleh dilaksanakan, dan beliau beri jaminan boleh kurangkan caj perkhidmatan jalur lebar.

"Kita juga akan buat tanda aras dengan membuat perbandingan caj perkhidmatan di sini dengan negara jiran seperti Thailand dan India," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas oleh mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kepadanya dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut Ahmad Shabery berkata dengan mengurangkan kos ia akan menjadikan perkhidmatan 3G lebih murah dan sekaligus dapat mengembangkan lagi sektor perniagaan di negara ini.

"Jika dulu orang anggap telefon bimbit adalah barangan mewah tidak lagi pada hari ini apabila seorang nelayan yang baru sahaja tiba di jeti boleh terus berhubung dengan secara terus dengan peraih menggunakan pekhidmatan 3G," katanya.

Justeru, beliau berkata sekiranya kos perkhidmatan jalur lebar dapat dikurangkan ia akan memberi kesan positif terutamanya dalam membantu perkembangan ekonomi negara dan urusan perniagaan rakyat.

Selain itu, Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata beliau akan turut melihat kepada perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi di negara ini.

"Kita sering menerima aduan daripada pengguna menghadapi masalah rangkaian dengan perkhidmatan jalur lebar yang mereka langgan. Ada pengguna yang hadapi masalah hingga dua tiga hari, jadi kita mahu tahu sama ada syarikat telekomunikasi ini akan ambil tindakan yang bagaiamana untuk atasi masalah seperti ini.

"Ini kerana jika pengguna tidak bayar bil mereka dengan segera menggantung perkhidmatan, namun jika syarikat telekomunikasi sendiri gagal memperbaiki gangguan perkhidmatan yang dialami apa yang akan dilakuan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain