suria

Guan Eng Harus Mohon Maaf Kepada Saya - Ahmad Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya memohon maaf kepada beliau kerana telah memular-belitkan kenyataannya mengenai pihak yang tidak menerima sistem pilihan raya di negara ini perlu berhijrah ke negara yang mempunyai sistem bersesuaian dengan mereka.

“Beliau telah menyalah tafsir kenyataan saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri di sini, Isnin.

Ahmad Zahid juga berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta Ahmad Zahid memohon maaf kepada rakyat dan menarik balik atas kenyataannya itu sebelum Parlimen bersidang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain