suria

Pelantikan Exco: Tidak Timbul Isu Tunduk Kepada Mana-Mana Pihak - MB Johor

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) menyampaikan replika cek kepada bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Zulkipli Mahmud, 60, yang dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor di Johor Bharu pada Sabtu. Turut kelihatan Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani (tengah). -Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, tidak timbul isu mana-mana wakil atau kaum yang bersikap tunduk kepada mana-mana pihak dalam soal pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Johor.

Ini kerana pembentukan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) itu adalah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat antara semua kaum, katanya. "Konsep kita (kerajaan negeri) ialah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat.

"Bukan soal 'subservient' (tunduk) dan sebagainya. Apa yang MCA lakukan (menerima jawatan exco) adalah patuh dengan titah tuanku dan bukannya tunduk kepada kehendak Umno.

"Jadi tiada isu di situ kerana jelas penerimaan jawatan itu adalah untuk menghormati titah baginda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham ke atas MCA melalui akaun Twitternya pada 15 Mei.

Ngeh yang turut mengatakan MCA tunduk kepada Umno membuat kritikan itu berikutan kenyataan MCA berhubung pelantikan wakil MCA iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai exco Johor.

"MCA tunduk kepada Umno, sekarang tunduk kepada Sultan? MCA tidak boleh membuat sebarang pendirian sendiri? Bagaimana nak wakili rakyat?," kata Ngeh. -BERNAMA

Artikel Lain