suria

Rakyat Penuhi Perhimpunan Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Perhimpunan untuk kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada pengundi telah menarik ramai penyokong Pakatan Rakyat hadir ke Esplanade di Padang Kota Lama di sini, Sabtu.

Penyokong yang kebanyakannya berpakaian hitam, telah tiba seawal pukul 6.30 petang untuk mendengar ucapan termasuklah daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Perhimpunan, dengan tema 'One Person, One Vote, Same Democracy' diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Pulau Pinang atas sokongan mereka dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Terdahulu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata perhimpunan itu tidak memerlukan permit kerana ia adalah majlis negeri.

"Ia adalah satu perhimpunan untuk memperkenalkan barisan Exco yang baru. Itulah tujuan perhimpunan.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menulis surat pagi ini memaklumkan kepada polis tentang tujuan perhimpunan," katanya.

"Kerajaan negeri mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan seperti ini di Esplanade Pulau Pinang yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang," katanya.

Artikel Lain