suria

Pendekatan Baru Tingkatkan Tahap Keselamatan Negara

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PETALING JAYA: Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik, fokus kaedah kepada kaedah membanteras jenayah jalanan serta meningkatkan latihan dengan tentera merupakan langkah yang akan dilaksanakan oleh Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya sedar rakyat mahu tahap keselamatan mereka terjamin, yang merupakan salah satu isu utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Mengekalkan tahap keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kementerian,” katanya.

Beliau berkata beberapa pendekatan baru amat penting untuk mengurangkan indeks jenayah, terutamanya di bandar-bandar utama di Malaysia, selari dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Mengulas mengenai laporan muka depan The Star yang memfokuskan pendapat orang ramai mahukan lebih ramai anggota polis dan harapan mereka terhadap Ketua Polis Negara yang baru dilantik, Tan Sri Khalid Aby Bakar, Zahid berkata latihan yang lebih baik kepada anggota polis merupakan salah satu perkara utama yang akan diberikan tumpuan.

Beliau berkata mereka boleh berlatih bersama anggota tentera di bawah kementerian itu dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

"Latihan bersama ini merupakan kaedah yang terbaik untuk memastikan anggota polis berada di tahap yang terbaik dalam usaha membanteras jenayah," katanya.

Terdahulu, Dr Ahmad Zahid, mengadakan perbincangan bersama Khalid dan beberapa pegawai kanan, beliau berkata kementeriannya akan merangka Polisi Keselamatan Kebangsaan dan pelan bagi mewujudkan Institut Keselamatan Awam.

"Polis akan merangka Polisi Keselamatan Kebangsaan sementara pelan bagi mewujudkan institut berkenaan akan melibatkan penyertaan anggota polis kanan dan pegawai daripada kementerian

"Pendekatan terbaru adalah bagi memerangi jenayah secara efektif, serta memastikan pelaksanaan undang-undang berada di landasan yang betul,” katanya.

Desakan agar kebajikan anggota polis diberi perhatian, Dr Ahmad Zahid berkata beliau sedang menimbangkan usaha untuk menambahbaik aspek perumahan dan menawarkan ganjaran yang lebih baik.

"Saya yakin pada pepatah yang menyebut keikhlasan itu bermula dari rumah.

"Saya sedar bahawa anggota polis perlu diberikan penghargaan dan faedah, selari tugas mereka yang merbahaya dalam mempertahankan negara.

"Sekiranya kewangan negara mengizinkan, saya juga akan melihat kepada skim perkhidmatan polis," katanya.

Mengulas mengenai peningkatan kejadian tembak-menembak di tempat awam yang menimbulkan kebimbangan masyarakat, beliau berkata polis sangat serius dalam membanteras jenayah melibatkan penggunaan senjata api dan mereka sedang merangka beberapa strategi mengenainya.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menegaskan kerjasama daripada orang awam merupakan perkara kunci kejayaan kepada sebarang pendekatan berjaya yang dilaksanakan.

"Kerjasama daripad semua pihak, terutamanya orang awam sangat penting. Kita hanya dapat memastikan negara ini selamat dengan berkerjsama bersama-sama," katanya.

Mengulas mengenai bancian The Star terhadap maklum balas orang ramai mengenai isu keselamatan, beliau berkata: "Cadangan dan pendapat daripda orang awam sentiasa dipertimbangkan oleh pihak kementerian."

Artikel Lain