Kenyataan Saya Dalam Utusan Bukan Rasis Tapi Praktikal - Semasa | mStar

Kenyataan Saya Dalam Utusan Bukan Rasis Tapi Praktikal

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kenyataannya yang meminta kumpulan yang tidak dapat menerima sistem politik negara ini untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.

Naib Presiden Umno itu telah dikritik ekoran isu berkenaan, beliau menjelaskan bahawa kenyataannya itu telah diambil keluar daripada konteks sebenar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebenarnya saya kata mereka yang tidak yakin dengan sistem politik kita untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.

"Saya tidak rasis...saya hanya berfikiran praktikal dengan apa yang saya katakan kepada kumpulan berkenaan supaya mereka boleh menterjemahkan pegangan politik mereka kepada realiti," katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata masyarakat tidak seharusnya membaca kenyataan beliau di luar daripada konteks, justeru beliau menggesa pembaca membaca artikel penuh beliau dalam Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Komanwel dan mereka yang fikir bahawa sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih sesuai mereka boleh berhijrah ke sana.

Dr Ahmad Zahid turut mengecam pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, namun mengakui keputusan di negeri yang mereka menang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Mereka mempertikaikan keputusan pilihan raya secara selektif," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain