suria

Ceramah Merupakan Acara Kerajaan Negeri, Tidak Perlukan Permit - Karpal

Karpal Singh
 Karpal Singh
Karpal Singh

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata majlis kesyukuran dan ceramah mega pada malam Sabtu tidak perlu mendapatkan permit kerana ia majlis anjuran kerajaan negeri.

"Ia adalah satu majlis untuk memperkenalkan barisan exco terbaru. Inilah tujuan himpunan berkenaan.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang telah menulis surat pagi ini memaklumkan kepada pihak polis menyatakan tujuan himpunan tersebut diadakan.

"Saya harap pihak polis tidak akan melepaskan tembakan secara membabi buta dan tidak masuk campur dengan perhimpunan berkenaan," katanya pada sidang media di Air Itam pada SAbtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerajaan negeri mempunyai hak untuk memperkenalkan barisan exco terbaru kepada rakyat, terutamanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu,

"Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengadakan himpunan seperti ini di Esplanade Pulau Pinang, kerana terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

"Ia merupakan majlis kerajaan negeri yang tidak memerlukan sebarang permit," katanya.

Artikel Lain