Bekalan Air Di Selangor & KL Kurang, Kapasiti Pengeluaran Loji Rawatan Air Capai Tahap Maksimum - Semasa | mStar

Bekalan Air Di Selangor & KL Kurang, Kapasiti Pengeluaran Loji Rawatan Air Capai Tahap Maksimum

KUALA LUMPUR: Bekalan air bersih di Selangor dan Kuala Lumpur semakin berkurangan disebabkan kapasiti pengeluaran loji rawatan air mencapai tahap maksimum.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), loji rawatan itu tidak lagi dapat menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat dan melebihi kadar pengeluaran air.

"Masalah yang berlaku ini tiada kaitan dengan taburan hujan ataupun sumber air mentah yang dikatakan masih mencukupi," menurut syarikat itu dalam kenyataan di sini Sabtu.

Berikutan itu, Syabas meminta semua operator loji rawatan iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) memaksimumkan pengeluaran.

Menyentuh mengenai dakwaan anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung isu bekalan air di SS14 dan SS19 Subang Jaya, baru-baru ini, Syabas berkata pihaknya tidak menghantar notis awal kepada pengguna di kawasan itu kerana gangguan bekalan air yang berlaku adalah tidak berjadual.

Gangguan itu berlaku apabila paras air di Kolam Lapangan Terbang Subang mengalami penurunan secara mendadak sejak Selasa lalu sehingga menjadi kritikal berikutan permintaan bekalan air yang meningkat akibat cuaca panas.

Syabas berkata masalah itu telah ditangani Khamis lalu selepas menyusun semula agihan bekalan air bagi menyalurkan sumber lain untuk membantu kawasan itu dan penghantaran 10 lori tangki air yang membuat penghantaran 22 kali. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain