suria

PRU-13: Tiga Lelaki Akan Didakwa

PUTRAJAYA: Tiga lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan berkaitan dengan kesalahan pilihan raya, kata Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Beliau berkata seorang daripada mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Yan, Kedah Ahad ini terhadap tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengadu menggunakan sebilah pisau.

Sementara dua lagi, masing-masing akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor dan Mahkamah Majistret Keningau, Sabah Isnin ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan pengadu, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Tun Abdul Majid berkata sejak 2 petang Isnin lepas hingga 2 petang hari ini sebanyak 25 kes diarahkan untuk siasatan lanjut, manakala 29 kes lagi tiada tindakan lanjut.

Beliau berkata bilangan laporan yang diterima Jabatan Peguam Negara berhubung kesalahan-kesalahan pilihan raya kini turun berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 telah diumumkan. BERNAMA

Artikel Lain