suria

Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat menerima watikah pelantikan Ketua Polis Negara dalam satu majlis di Bukit Aman, di sini.

Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Abdul Rahim turut menyerahkan watikah pelantikan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Sebaik majlis itu selesai, Khalid mempengerusikan mesyuarat bersama Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-ketua Polis Negeri dan Komander-komander pasukan PDRM di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. -BERNAMA

Artikel Lain