suria

Guru Tuisyen Maut Terjatuh Dari Tingkat 10

GEORGE TOWN: Seorang guru tuisyen maut dipercayai terjatuh dari Tingkat 10, Pangsapuri Kristal Height Island Glades di Jalan Masjid Negeri di sini pagi Khamis.

Guru wanita tersebut Lim Boey Kim, 43, mengalami kecederaan di seluruh badan dalam kejadian 6.43 pagi itu.

"Difahamkan ibu mangsa baru meninggal dunia juga awal pagi ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa mengalami tekanan perasaan kerana hal itu," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.

Beliau berkata polis tidak mengesyaki sebarang pelakuan jenayah dan mengklasifikasi kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain