suria

DAP Pilih Dua Adun Sertai Kabinet Selangor

Datuk Teng Chang Khim
 Datuk Teng Chang Khim
Datuk Teng Chang Khim

SHAH ALAM: DAP telah memilih Datuk Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah sebagai wakil parti itu dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng berkata jawatan lain dalam Kabinet Selangor masih dibincangkan dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja keputusan akhir dapt dicapai.

"Teng telah meminta supaya ditukarkan daripada jawatan Speaker kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri dan saya bersetuju dengan permintaan beliau.

"Ean Yong akan kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi penggal kedua," kata Lim dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Teng merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang sementara Ean Yong merupakan Adun Seri Kembangan.

Lim berkata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Timbalan Pengerusi Tony Pua dan Teng telah diberikan tugas untuk mengadakan perbincangan berhubung jawatan kerajaan di Selangor mewakili pihak parti itu.

Dalam senarai barisan exco sebelum ini, DAP dan PAS mempunyai tiga wakil sementara PKR memiliki empat wakil.

Komposisi barisan exco dijangka mengalami perubahan kerana DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi sementara PKR hanya memperoleh 14 kerusi.

Pada Selasa, wakil PKR Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Pada 2008, PKR memenangi kerusi paling banyak iaitu 15 kerusi, sementara DAP 13 kerusi dan PAS hanya meraih 8 kerusi.

Artikel Lain