suria

Siapa Datuk Ismail Mutallib, Tim.Menteri Sumber Manusia Yang Baru?

Ismail Omar
Ismail Abd Mutalib
Ismail Abd Mutalib

KUANTAN: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutallib yang baru dilantik, adalah anak negeri Pahang yang mempunyai pelbagai pengalaman di peringkat pentadbiran negeri dan merupakan aktivis kemasyarakatan.

Beliau pernah menjadi penolong pegawai Daerah Maran (1994-1997) dan Jerantut (1980-1982) serta penolong setiausaha kerajaan (khidmat) Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (1982-1984) dan merupakan Kolonel Kehormat Rela Malaysia bagi kawasan parlimen Maran.

Anggota Parlimen Maran ini, berusia 59 tahun, gemar menyertai kegiatan sukarelawan seperti menjadi penceramah sambilan untuk program-program belia, menjadi pemimpin persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pernah memegang jawatan pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam selama tiga tahun dari 2001, Ismail juga merupakan bekas timbalan pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan (2001) dan bekas pemangku pengurus besar Yayasan Pahang selama setahun pada 1999.

Bekas setiausaha keselamatan Lipis di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negeri Pahang selama dua tahun dari 1988 ini juga merupakan pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Malaysia (MAYC) Pahang.

Dalam politik, Ismail, anak kelahiran Kampung Pantai Cenor, Maran ini merupakan pemangku Ketua Bahagian Umno Maran.

Artikel Lain