Noh, Shaziman Antara Digugurkan Kabinet Baru - Semasa | mStar

Noh, Shaziman Antara Digugurkan Kabinet Baru

Noh Omar
Noh Omar

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor antara nama yang digugurkan daripada senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.

Masing-masing sebelum ini memegang jawatan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani dan Menteri Kerja Raya.

Bukan itu sahaja senarai Kabinet kali ini menunjukkan penyertaan paling ramai wakil Sabah dan Sarawak dengan pelantikan 12 menteri dan timbalan menteri dari kedua-dua negeri berkenaan yang menunjukkan keyakinan Perdana Menteri dalam memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia Timur.

Mereka termasuk Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup, Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu Belaun (semua Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Turut dilantik Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Air dan Teknologo Hijau) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Datuk Rohani Abdul Karim ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) turut tersenarai dalam barisan Kabinet baru kali ini.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain