suria

Lima Warga Malaysia Ditahan Kerana Kerja Secara Haram Di Australia

MELBOURNE: Tiga lelaki dan dua wanita dari Malaysia adalah antara tujuh pekerja ladang ditahan oleh pegawai Imigresen Australia kerana bekerja secara haram di Stanthorpe di Oueensland.

Pegawai Imigresen dengan bantuan polis Queensland menahan pekerja tersebut dalam satu operasi pada Rabu, menurut laporan Australian Associated Press pada Khamis.

Selain warga Malaysia, laporan itu memetik Menteri Imigresen Australia, Brendan O'Connor sebagai berkata kumpulan pekeja hortikultur itu termasuk seorang lelaki warga Korea Selatan dan seorang wanita Jepun.

"Enam pekerja itu dipindahkan ke Penginapan Transit Imigresen Brisbane dan seorang pekerja lelaki ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney untuk urusan penyingkiran dari Australia," katanya.

Beliau berkata, majikan perlu sedar bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk membenarkan seseorang itu bekerja secara haram atau menggunakan khidmat pekerja haram. - BERNAMA

Artikel Lain