suria

Singapura Batal Pas Tiga Rakyat Malaysia Terlibat Demo

PETALING JAYA: Kerajaan Singapura akan membatalkan pas kerja seorang daripada rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai protes haram di Merlion Park pada 8 dan 11 Mei lalu, lapor The Straits Times pada Rabu.

Selain itu pas lawatan dua rakyat Malaysia yang lain juga telah dibatalkan, manakala pas pekerja bagi 18 yang lain akan dikaji semula selepas siasatan selesai, kata polis Singapura dalam satu kenyataan lewat Selasa.

Sebelum ini 21 rakyat Malaysia ditahan ketika menyertai protes berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian.

Lapan lelaki dan 13 wanita berusia antara 21 dan 40 tahun, kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Artikel Lain