suria

Phahrolrazi Letak Jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah

ALOR SETAR: Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PAS negeri pada hari Isnin.

Phahrolrazi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar melantik pasukannya sendiri.

Artikel Lain