suria

Perbicaraan Kes Culik Nayati Ditangguh Ke 22 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes culik kanak-kanak lelaki Belanda Nayati Shamelin Moodliar sehingga 22 Julai ini selepas pendakwaan memaklumkan terdapat perkembangan terbaharu dalam kes itu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan perkembangan terbaharu itu.

Setakat ini, 15 saksi memberi keterangan pada perbicaraan Chong Tat Siong, 24, yang bekerja sendiri dan dua rakannya, Foong Khar Fai, 20, seorang jurujual telefon bimbit dan Lee Phak Seng, 25, seorang penganggur, yang didakwa menculik Nayati, 13.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara, Brickfields pada 7.30 pagi, 27 April 2012 mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Chong diwakili peguam Rejinder Singh manakala Foong dan Lee masing-masing diwakili Datuk Hanif Hashim serta K.T. Wong. - BERNAMA

Artikel Lain