suria

Lapan Adun Angkat Sumpah Exco Perlis

KANGAR: Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis termasuk tiga muka baharu mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Msyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada Rabu.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik sebagai anggota Exco itu ialah Adun kawasan Santan, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim, (Beseri) dan Jafperi Othman (Guar Sanji).

Tiga muka baharu yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Adun Mata Ayer Khairi Hasan, Mat bin Hassan (Kuala Perlis) dan Rela binti Ahmad (Bintong).

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Azlan Man belum mengumumkan portfolio yang bakal diterajui setiap anggota Exco kerajaan negeri.

Pengumuman portfolio itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat. BERNAMA

Artikel Lain