KUALA LUMPUR: Barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diketahui umum melalui pengumuman secara langsung pada jam 5 petang Rabu.Jumlah anggota Jemaah Menteri; > Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri.> Kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri.Antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal;> Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan;> Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah;> Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia;> Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan.> Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan;> Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah;> Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya);> Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);> Bekas Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot (Menteri Sumber Manusia);> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan);> Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan;> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).Yang digugurkan pula ialah;> Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan;> Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.Habuan Terbesar:> Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh 12 menteri penuh dan lapan timbalan menteri.Pemangku Menteri;> Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib telah melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri sementara Kementerian Pengangkutan yang direzabkan untuk MCA.> Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja.Muka baru ialah;> Datuk Seri Abdul Wahid Omar (JPM);> Datuk Paul Low Seng Kuan (JPM);> Datuk Seri Shahidan Kassim (JPM);> Nancy Shukri (JPM);> Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan);> Datuk Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan);> Idris Jusoh (Pelajaran dan Pengajian Tinggi);> Datuk Rohani Abdul Karim (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat);> Tengku Adnan Tengku Mansor (W.Persekutuan)