suria

Ribuan Hadir Perhimpunan PR Di Kuantan

KUANTAN: Walaupun perubahan tempat dibuat pada saat-saat akhir, ribuan orang masih menghadiri perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kumpulan orang ramai yang kebanyakannya berpakaian T-shirt hitam membanjiri ibu pejabat PKR yang lama di Jalan Beserah di sini selepas penganjur menukar lokasi perhimpunan asal di Mahkota Aman beberapa jam terdahulu.

Perhimpunan pertama Pakatan telah diadakan di Kelana Jaya Rabu lalu diikuti di Pulau Pinang pada Sabtu dan di Ipoh pada Ahad.

Artikel Lain