suria

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Ulas Isu Perlembagaan Di TV

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dijadualkan muncul dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia BernamaTV pukul 10 malam Rabu di saluran 502 Astro untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau, bergandingan dengan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal, diwawancara perantara Dahlan Maamor dalam rancangan satu jam itu mengenai tajuk "Falsafah Perlembagaan Persekutuan Yang Menjamin Kesaksamaan dan Keadilan Bagi Semua Kaum di Malaysia".

Mohd Noor juga dijangka diminta mengulas kenyataannya sebelum ini antara lain berhubung dengan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) mengikut Perlembagaan yang mencetuskan polemik dalam kalangan ahli-ahli politik baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Lain