suria

Teksi Bandar Boleh Ambil Penumpang Di KLIA Mulai Rabu Ini

SEPANG: Perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluaskan di bawah satu sistem baru bagi membolehkan teksi bandar untuk mengambil penumpang bermula Rabu ini.

Tempoh menunggu bagi penumpang dijangka dapat dikurangkan tidak melebihi 10 minit di bawah sistem dua peringkat bagi mempromosikan limosin lapangan terbang dan teksi bandar, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Teksi bandar akan beroperasi dari Tingkat Satu bangunan terminal utama KLIA menggunakan meter.

"Limosin lapangan terbang akan mengikut sistem zon dari Tingkat Tiga dan penumpang akan dikenakan bayaran tetap berdasarkan jarak perjalanan di bawah sistem kupon," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain