suria

Penyokong Pembangkang Penuhi Demo Di Ipoh

Antara penyokong pembangkang yang hadir pada perhimpunan di Ipoh.
Antara penyokong pembangkang yang hadir pada perhimpunan di Ipoh.
Antara penyokong pembangkang yang hadir pada perhimpunan di Ipoh.

IPOH: Pembangkang mengadakan perhimpunan ketiga selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di sini pada Ahad.

Perhimpunan yang diadakan di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa rakyat Malaysia supaya mengetepikan kebimbangan berhubung 'tragedi 13 Mei'.

"Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman," katanya.

Selain Anwar, turut berceramah pada perhimpunan itu ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manutty dan Badrul Hashim Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Orang ramai hadir seawal pukul 7 malam dan kebanyakan mereka berpakaian hitam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Perhimpunan pertama pembangkang diadakan di Kelana Jaya pada Rabu lalu diikuti dengan satu lagi perhimpunan yang sama di Pulau Pinang pada Sabtu.

Siri perhimpunan itu seterusnya akan diadakan di Kuantan dan Johor Baru iaitu masing-masing pada Selas dan Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain