suria

Isteri Pengasas Al-Arqam Ditahan Di KLIA

PETALING JAYA: Isteri pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Difahamkan bahawa Khatijah Am ditahan pada kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin, sejurus selepas beliau tiba dari negara Timur Tengah.

Beliau dijangka akan dibawa ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam untuk siasatan.

Seorang jurucakap Jais ketika dihubungi berkata, jabatan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain