suria

Umno Parti Kukuh Tapi Perlu Perbaiki Kelemahan - Najib

Najib menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulang Tahun Umno Ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur malam Sabtu. - fotoBERNAMA
Najib menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulang Tahun Umno Ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur malam Sabtu. - fotoBERNAMA
Najib menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulang Tahun Umno Ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur malam Sabtu. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.

"Kita berkumpul di sini sebagai sebuah parti yang kuat. Keputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen, prestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.

"Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang setia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-67 di sini.

Majlis itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Najib berkata Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.

Beliau turut mengulangi bahawa Umno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana.

"Kami menjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira sesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi yang adil saksama dan sederhana," katanya.

Najib turut berikrar bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis' Pakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.

"Walaupun kami menerima cabaran sengit pada pilihan raya lalu, akhirnya, rakyat Malaysia memutuskan mereka inginkan kesinambungan dan kestabilan," katanya.

"Ini akan membenarkan Umno untuk menjadi sebuah parti politik Melayu, Islam dan Malaysia yang lebih dinamik, inklusif dan berwawasan supaya parti ini boleh menjadi universal dari segi perjuangan tanpa melupakan matlamat asal," katanya.

Artikel Lain