suria

Pelantikan MB Selangor Perlu Diselesai Segera – Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang prihatin terhadap kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor, mengharapkan agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Dengan setiap saat kelewatan, ia tidak baik untuk Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.

"Dua negeri (yang dikuasai Pakatan) telah mengangkat sumpah jawatan ketua-ketua negeri mereka dan barisan exco, dan saya fikir Selangor sepatutnya yang paling cepat," katanya dalam satu sidang media pada Sabtu.

Walaupun mengekalkan sokongan parti untuk penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau menegaskan bahawa DAP tidak akan menjadi sebahagian daripada "masalah dalaman PKR".

"Masalah dalaman adalah perkara biasa dalam parti politik, tetapi ini tidak sepatutnya melimpah dengan pentadbiran negeri ini apabila sudah terdapat penetapan MB," kata Lim sambil menambah bahawa Khalid mempunyai sokongan daripada PAS dan kepimpinan PKR.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat mengecam presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa gagal untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin parti negeri sebelum memaklumkan istana mengenai pilihan calon parti itu untuk jawatan MB.

Artikel Lain