suria

Perhimpunan Pakatan Rakyat Di Seberang Perai Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

BUTTERWORTH: Stadium Batu Kawan di Seberang Perai disini dibanjiri ribuan penyokong perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Para penyokong dilihat memakai baju berwarna hitam dan bergerak menuju ke stadium sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejak pukul 5 petang tadi.

Para penyokong perhimpunan itu turut membawa bendera parti, bendera Malaysia dan dilihat memasuki stadium.

Artikel Lain