suria

Mesyuarat Majlis Presiden MCA Bincang Prestasi Parti Dalam PRU-13

KUALA LUMPUR: Mesyuarat majlis presiden MCA yang amat dinanti-nantikan telah bermula di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Ia merupakan yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu, yang menyaksikan MCA hanya memenangi tujuh parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai prestasi MCA dalam pilihan raya umum serta hala tuju masa depan parti.

Ahli-ahli Majlis Presiden mula tiba seawal 9.20 pagi, dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang pertama sampai ke ibu pejabat di Jalan Ampang.

Beliau diikuti oleh Naib Presiden Datuk Seri Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim dan Gan Ping Sieu, Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha; Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Artikel Lain