suria

Kedutaan Filipina Ditutup Isnin, Beri Laluan Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan konsular di Kedutaan Filipina di sini akan ditutup Isnin ini bagi memberi laluan kepada rakyat negara itu yang berada di sini mengundi pada pilihan raya Filipina.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, kedutaan itu bagaimanapun akan menerima pengundi yang mahu melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Pengundian akan ditutup pukul 7 malam waktu Manila (sama zon dengan Malaysia), dan kedutaan tidak akan menerima pengundi lagi serta mula mengira undi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Presiden Filipina telah mengisytiharkan hari itu sebagai cuti umum khas bagi membolehkan rakyatnya menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kedutaan itu dibuka pada Sabtu dan Ahad ini bagi membolehkan mereka yang berkenaan mengundi.

Operasi kedutaan kembali seperti biasa pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain