suria

Sultan Selangor Sampai Watikah Kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Salehan Yatim di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pelantikan Salehan berkuatkuasa 2 Mei tahun ini.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (Wali Raja).

Mereka ialah Abd Malek Ramli, Nasrul Hadi Rohani, Mohd Arif Abdul Samat, Zanizan Ismail, Hardi Mohamad Sadali, Hafzi Brahim, Zainizam Zailan, Mohd Khairi Md Zainal, Mohd Adam Panjaitan Maruli dan Nurul Hisham Hussin.

Turut menerima watikah pelantikan daripada baginda ialah Orang Besar Daerah Hulu Langat Datuk Orang Kaya Tok Engku Maha Bijaya Hulu Langat Abdul Jalil Abdul Rani.

Majlis pelantikan itu dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan anggota kerabat diraja terdekat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain