suria

Tugas Saya Seterusnya Mengharmonikan Isu Perkauman - Najib

KUALA LUMPUR: Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

Oleh yang demikian, beliau berkata kerajaan perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan.

"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya dalam posting di Twitter beliau pada Rabu.

Najib mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dua hari lepas, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini.

Najib pada Isnin berkata kerajaan akan melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang dilihat berpecah pada pilihan raya umum ke-13.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain