suria

Pembangkang Anjur Perhimpunan Sebab Tak Boleh Terima Kekalahan - Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Kelana Jaya, dekat sini, malam Rabu kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.

Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.

"Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di sini.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan orang, bertujuan membantah keputusan PRU-13 setelah gagal mendapat mandat menubuhkan kerajaan persekutuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain