suria

Kelantan Tubuh Institut Pemikiran Nik Aziz

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menubuhkan sebuah institut bagi menghargai khidmat dan sumbangan bekas Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menerajui negeri ini selama 23 tahun.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata institut itu, yang bakal dikenali sebagai Institut Pemikiran Nik Aziz, bertujuan memastikan legasi kepimpinan ulama diabadikan dalam sebuah institusi.

"Ia juga sebagai institut bagi rujukan dan pengembangan dasar membangun bersama Islam dan ummah, selain sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan bagi negeri Kelantan," katanya pada sidang berita selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan, di sini Khamis.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih Pesuruhjaya PAS Kelantan walaupun tidak lagi menyandang jawatan menteri besar.

Kebiasaannya, pesuruhjaya parti peringkat negeri dipegang oleh menteri besar di negeri masing-masing, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain