suria

EU Ucap Tahniah Pada Najib, Ingin Teruskan Kerjasama Dengan BN

JOHOR BAHARU: Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya mengekalkan jawatannya untuk sepenggal lagi.

Ashton, yang juga naib presiden Suruhanjaya EU berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengambil bahagian secara aman dan penuh bersemangat pada pilihan raya umum ke-13 mereka.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana menyandang jawatan itu untuk sepenggal lagi. "Saya berharap akan dapat terus bekerjasama dengan kerajaannya," kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan Delegasi EU ke Malaysia.

Mengenai dakwaan pihak tertentu tentang wujudnya kepincangan dalam proses pilihan raya umum pada 5 Mei lepas, Ashton berkata beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak lain yang berkenaan akan menyiasat dan menangani dakwaan itu dengan sewajarnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain